Masalah peribadi mungkin punca warga emas tembak rakan

Polis tidak tolak kemungkinan hutang perniagaan jadi punca seorang warga emas menembak mati rakannya sebelum membunuh diri di sebuah restoran di Kampung Koh di Sitiawan, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata suspek mungkin tidak tahan selepas sering diasak mangsa untuk membayar hutang.