Masih awal untuk buat kesimpulan dua PRK

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Datuk Dr Redzuan Othman, berpendapat masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada Pakatan Harapan terkesan dengan keputusan dua PRK iaitu di Balakong dan Seri Setia. Perkara itu disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah, menyebabkan kesimpulan awal sukar untuk dilakukan.