Video  | Dunia

Masih banyak keperluan untuk Rohingya

Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ICRC, Peter Maurer mahu usaha keras diteruskan bagi bantuan kemanusiaan buat pelarian Rohingya. Beliau yang membuat lawatan ke kem pelarian di Cox's Bazar mahu semua bantuan dipertingkatkan bagi membolehkan lebih tujuh ratus ribu pelarian yang berlindung di Bangladesh mendapat perhatian sewajarnya.