Masjid pertama di Papua New Guinea, memori istimewa Tun Mahathir

Jadual padat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Port Moresby, Papua New Guinea sempena Sidang Kemuncak Tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diakhiri dengan kunjungannya ke Masjid Hohola. Masjid serba guna pertama yang dibina di negara pulau itu memahat memori ulung buat Dr Mahathir selepas melawat negara itu pada 2003, sebelum beliau mengakhiri perkhidamatan sebagai Perdana Menteri ke-4.