Masyarakat bukan Islam sertai iftar di surau Seberang Jaya

Buat pertama kalinya, Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang menganjurkan majlis iftar bersama masyarakat bukan Islam yang menetap di kawasan perumahan berkenaan. Walaupun majlis yang dianjurkan jawatankuasa kariah surau berkenaan ringkas dan sederhana, namun sambutannya tetap meriah apabila dihadiri masyarakat berbilang bangsa.