Tutup

Masyarakat perlu lebih pendedahan aplikasi Nur Alert

Kurang publisiti menjadikan aplikasi laporan kehilangan kanak-kanak, National Urgent Response Alert (Nur Alert) tidak begitu dikenali terutama kepada masyarakat desa. Penganalisis Jenayah Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ia juga dilihat tidak mesra pengguna selain hanya diberikan liputan apabila berlakunya kes kehilangan kanak-kanak.