Mati selepas gaduh dengan suami orang

Seorang lelaki, 53, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam pergaduhan dengan tiga lelaki di parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Perkasa, Kuala Lumpur, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.30 malam.