Tutup

Maut dihempap batu kuari

Seorang lelaki maut akibat dihempap batu kuari bersama-sama dengan jentera berat ketika melakukan kerja-kerja memecah batu di sebuah kuari di Sungai Raya, Keramat Pulai, pada Isnin. Menurut Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak, Mohd Khairul Jamil, mangsa yang dikenali Sebagai Loi Thiam Fatt, 56 tahun, disahkan mati oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.47 pagi.