Maut selepas ambil anak dari sekolah

Ibu maut manakala dua anaknya parah dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori di jalan Felda Teloi Timur, Sik, Kedah. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, sebuah kereta dipandu mangsa Mariani Razak, bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah.