Mayat bayi atas bangku madrasah

Mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui penduduk di Madrasah Haji Sulaiman, Kampung Padang Kota, Sering, pagi Sabtu. Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 7.20 pagi selepas jemaah masjid selesai menunaikan solat Subuh.