Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui di longgokan sampah

Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan dalam bakul plastik di kawasan longgokan sampah di Halaman Meru Impian, Ipoh pada Isnin. Mayat yang masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 1.45 petang ketika lelaki berkenaan meneliti sebuah bakul bertutup berwarna biru, sebelum ternampak rambut dalam gulungan tuala biru.