Tutup

Mayat dengan kesan terbakar ditemui terapung

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemui di dalam anak sungai berdekatan jambatan Kampung Puyu, Jalan Semerak Pasir Puteh, petang Rabu. Mayat itu ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 3 petang dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak.