Tutup

Mayat di Kemaman kemungkinan warga Singapura

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) tidak menolak kemungkinan mayat tanpa identiti yang ditemui terapung di perairan Kemaman adalah salah seorang peserta kayak warga Singapura. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata mayat dipercayai seorang wanita itu dijumpai kira-kira enam batu nautika dari muka Kuala Kemaman.