Mayat ditemui dalam parit, empat remaja ditahan

Empat remaja lelaki ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran sebuah kedai di Jalan Bantu, Fajar di Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter AK Umbuas berkata mereka yang berusia antara 16 dan 17 tahun itu merupakan pendatang asing tanpa izin.