Mayat kedua insiden pelajar IPT lemas ditemui

Susulan tiga pelajar IPT lemas di Pantai Teluk Kalong Kemaman pada Khamis. Mangsa kedua, Ahmad Daniel Firdaus Zubir dijumpai jam 5:20 pagi tadi. Mayat mangsa ditemui terdampar di pesisir pantai pada jarak kira kira 100 meter dari lokasi mangsa pertama. Pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa. Jenazah kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.