Mayat kelima bom Bangkok selamat tiba di Pulau Pinang

Mayat kelima mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pukul 10.20 malam tadi. Mayat mendiang, Lim Su See, 52 tahun tiba dengan pesawat TG 425 diiringi anak lelakinya Lu Pin Quan.