Mayat lelaki disambar buaya ditemui

Mayat lelaki tanpa kedua-dua tangan dipercayai dibaham buaya ditemui terapung di kawasan Sungai Ladang Tabin Hap Seng, Jalan Temenggung di Lahad Datu pada Isnin. Mayat yang ditemui pada 12.25 tengah hari itu dipercayai Rudy Gessa, 44 tahun, warga Indonesia yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar memancing di sungai tersebut pada 4 petang Ahad.