Mayat lelaki terapung di sungai berdekatan Stesen LRT Sentul

Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan terapung di sungai berdekatan Stesen Aliran Ringan (LRT) Sentul, Kuala Lumpur, Pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa mengesahkan perkara itu dan menyatakan mayat tersebut telah reput separuh badan.