Mayat lelaki terjun sungai ditemui

Mayat seorang lelaki yang dikatakan terjun ke sungai di Kampung Patinggan Kuching 10.30 malam tadi, ditemui Pasukan Penyelam, Jabatan Bomba dan Penyelamat petang Jumaat. Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Lafique Spree, 31 tahun itu ditemui 3.32 petang dilokasi akhir mangsa dilihat.