Mayat mangsa kebakaran dijangka tidak dapat dikebumikan tempoh terdekat

Mayat kesemua mangsa yang maut dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru Ipoh semalam dijangka tidak dapat dikebumikan dalam tempoh terdekat. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A Sivanesan ia berikutan ada prosedur yang perlu dipatuhi antaranya proses pengecaman mayat termasuk melalui rekod pergigian.