Mayat mangsa lemas di Sungai Muda ditemui

Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakannya di Sungai Muda dekat Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah tengahari Sabtu ditemui pagi tadi. Pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat Firdaus Abu Talib terapung kira-kira 350 meter dari tempat mangsa hilang.