Mayat pelajar tahfiz lemas ditemui

Seorang daripada dua pelajar tahfiz yang lemas ketika mandi di sungai Kampung Shaari, Simpang Renggam sudah ditemui. Mayat Mohd Ammar Mazeni, 13 tahun ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hanyut pada 5.20 pagi tadi.