Mayat pelancong Belanda dibawa ke Hospital Miri

Mayat pelancong Belanda yang meninggal dunia ketika banjir kilat di Gua Rusa, Taman Negara Mulu, Miri telah dibawa keluar dan diterbangkan ke Hospital Miri pada jam 2.27 petang dengan menggunakan helikopter bomba. Mayat Peter Han Hoverkamp, 60 tahun ditemui dalam keadaan terapung di sungai kira-kira jam 7 pagi Sabtu.