Mayat remaja lemas di Jeram Besu ditemukan

Dua hari hilang selepas terjun ke dalam Sungai Jeram Besu di Raub, Pahang, mayat seorang remaja ditemui petang Khamis. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi,13 tahun, ditemui pada pukul 5.11 petang.