Mayat remaja lemas ditemukan di tebing sungai

Mayat remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai berdekatan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jerteh Terengganu pada 9 Dis lalu, ditemui terdampar di tebing sungai satu kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan dibawa arus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mohd Zamri Omar berkata ketika ditemui, Mayat Mohd Syarif Zulkifli berada di tebing sungai dipercayai selepas air sungai surut.