Mayat terputus empat, digilis keretapi

Mayat seorang pengawal keselamatan dijumpai dalam keadaan putus empat bahagian dipercayai digilis keretapi di tepi landasan berhampiran kawasan terowong Taman Keladi, Sungai Petani. Mayat lelaki tempatan berusia 27 tahun itu ditemui pekerja penyelengaraan KTMB yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.