Mayat warga emas ditemui, tiga hari hilang

Selepas hilang tiga hari, mayat seorang warga emas ditemui di tebing sungai di Kampung Tolongan Pamol, dekat Beluran, Sabah pada Ahad. Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa lelaki yang dikenali sebagai Gabertan, berumur 80-an, ditemui terapung di tebing sungai terbabit.