Mazlan tekad tingkatkan perkhidmatan PDRM untuk rakyat

Selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa 9 Mei lalu. Datuk Mazlan Mansor hari ini secara rasmi menerima serah tugas dalam satu majlis bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.