MB Selangor nasihati pengundi pilih calon yang punyai rekod yang baik

Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dinasihati agar memilih calon yang mempunyai rekod baik dalam membela kebajikan mereka. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ini bagi memastikan calon berkenaan dapat berkhidmat sebagai wakil rakyat yang baik sekali gus meneruskan tugasnya menjaga kepentingan rakyat.