MCA, MIC rugi henti kerjasama dengan UMNO

Perkembangan keputusan MCA dan MIC bentuk perikatan baharu. Bagi Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi MCA dan MIC perlu fikir panjang. Jelasnya, mustahil bagi Pakatan Harapan untuk menerima dua parti ini yang tidak mempunyai kekuatan kerusi di Parlimen. Jika dua parti itu tekad putus kerjasama dengan UMNO sudah pasti mereka akan hilang sokongan pengundi Melayu.