MCA tidak ada hak cadang pembubaran gabungan parti - DS Zahid

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata MCA tidak ada hak untuk cadangkan pembubaran gabungan parti itu. "Mereka sendiri pun tinggal satu kerusi Parlimen (Ayer Hitam), dan itu pun kerusi majoriti pengundi Melayu," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat.