MDEC sasar lebih ramai penglibatan bagi kempen #YouCanDuit

Selepas menamatkan edisi 2017 dengan jayanya, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka tirai edisi 2018nya di Kuala Lumpur. Berlangsung di Istana Budaya, kempen kali ini turut dianjurkan dengan kerjasama Karnival CEO Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).