Tutup

Media perlu proaktif sebar maklumat babitkan kes kanak-kanak

Dera, culik dan rogol! Kebelakangan ini, kita sering mendengar kes seumpamanya melibatkan kanak-kanak. Adakah kita hanya perlu melaporkan kepada pihak polis dan tunggu sahaja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya media perlu memainkan peranan proaktif dalam membantu pihak berkuasa menyebarkan maklumat dengan cepat dan berkesan.