Medivice tekad tembusi pasaran alatan perubatan antarabangsa

Tahukah anda, 50,000 rakyat Malaysia mengalami strok setiap tahun dan setiap jam, enam individu akan diserang strok? Sesetengah pesakit lumpuh mungkin berhadapan dengan kesulitan untuk ke pusat rehabilitasi untuk bertemu dengan pakar fisioterapi bagi menjalankan rawatan. Justeru, Medivice bekerjasama dengan MTDC untuk mengkomersialkan alatan perubatan ke pasaran antarabangsa.