Tutup

Melaka dijangka naik kadar tarif air

Kerajaan negeri Melaka dijangka menaikkan kadar tarif air bagi menampung peningkatan kos penyelenggaraan, selain mengelakkan berlaku krisis bekalan sumber asli itu di negeri ini. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bagaimanapun berkata, pihaknya belum menetapkan peratusan kenaikan kadar tarif itu kerana ia bergantung kepada hasil rundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN, dalam tempoh terdekat.