Tutup

Melaka mungkin laksana kaedah air berjadual

Walaupun Melaka mula dilimpahi hujan sejak beberapa hari lalu, tetapi paras air di empangan dan kolam tadahan, terutamanya di empangan utama di Durian Tunggal masih belum menunjukkan perubahan positif. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan catuan bekalan air atau kaedah air berjadual, jika paras ketiga-tiga empangan di negeri itu terus merosot.