Melaka sediakan pengecualian caj denda lewat cukai tanah

Kerajaan negeri Melaka menyediakan pengecualian 100 peratus ke atas caj denda lewat, cukai tanah kepada pembayar cukai di negeri itu yang berkuat kuasa awal bulan ini hingga 31 Disember depan. Pengecualian itu hanya diberikan kepada mereka yang membuat pembayaran cukai semasa secara penuh sebelum menikmati manfaat tersebut.