Melayu atau tidak, yang penting mampu jalankan tugas - Fahmi Fadzil

Tidak timbul isu bangsa Melayu atau tidak dalam pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, selepas Tan Sri Mohamad Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan. Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, apa yang penting adalah keupayaan dan kemampuan seseorang yang dilantik itu menjalankan tugas dengan baik.