Tutup

Memahami istilah 'cuti' Presiden UMNO

Desakan Pemuda UMNO yang mencadangkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berehat seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah dianggap sesuatu yang wajar. Penganalisis Politik UTM Dr Mazlan Ali menganggap ia bukanlah sesuatu di luar kelaziman kerana ia sudah termaktub dalam undang-undang UMNO itu sendiri. Malah, pada lapis lain, perkembangan itu turut melambangkan UMNO kini sudah bersedia untuk meraikan kepelbagaian pendapat ahli-ahlinya.