Menang debat semarakkan semangat kuasai Bahasa Melayu

Peserta dari China, Xu Yang dinobatkan sebagai juara kategori antarabangsa dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada Sabtu. Pelajar yang lebih dikenali dengan nama Izzah itu berjaya mengetepikan dua pencabarnya menerusi pidato bertajuk mahasiswa peneraju kelangsungan negara.