Menangi hadiah sambil menonton Man U-Chelsea malam ini

Berita baik buat peminat bola sepak di luar sana. Bagi anda yang sedang menanti perlawanan Manchester United menentang Chelsea jam 9.30 malam nanti, mengapa hanya tonton di rumah? Masih belum terlambat untuk anda kunjungi The Port di Bandar Utama, di mana anda bukan saja boleh menonton perlawanan di skrin besar bersama rakan rakan peminat, malah boleh memenangi pelbagai hadiah lumayan.