Menerusi dana dari MTDC, Sophic buka peluang pekerjaan

Permintaan sistem perisian komputer kini semakin meningkat dek kerana dunia sains yang berkembang pesat sehingga pelbagai cabang baharu berkaitan bidang tersebut wujud. Sophic Automation Sdn Bhd adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sistem perisian ini bagi memudahkan sesuatu syarikat untuk meneliti dan memahami kilang pembuatan mereka dengan cara yang lebih efisyen.