Video  |  Malaysia

Mengenang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem

Lebih dua tahun menerajui negeri Sarawak, impak Allahyarham tidak hanya terhad kepada sisi kepemimpinan tetapi melangkaui lebih jauh daripada itu. Memetik kata-kata Yang Dipertua Negeri Sarawak yang juga Bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud petang tadi, "beliau meninggalkan kerajaan yang baik, malah lebih baik daripada apa yang saya warisi kepadanya". Bersama Hari Ini 8 malam langsung melalui Skype dari Kuching, Penganalisis Politik Unimas Sarawak, Dr Jeniri Amir, dan di bilik berita Editor Eksekutif Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.