Tutup

Menimba ilmu, mengejar cita-cita menjadi doktor di bumi Soviet

Jalan bagi menjayakan profesion sebagai doktor bukannya sukar. Tetapi ia juga tidak mudah. Realitinya, sekali pun menyambung pengajian bidang perubatan dalam negara, jalannya pasti berliku. Tetapi, tentunya lebih sukar bagi bakal doktor jika mereka menuntut di luar negara. Apa yang pasti, mereka terpaksa berkorban dalam segenap perkara, sama ada belajar selama berjam-jam dan berjauhan dengan keluarga. Ikuti laporan ini disediakan Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah yang ke Rusia baru-baru ini bagi menyelami cabaran sebahagian pelajar Malaysia memburu cita-cita menjadi doktor di bumi Soviet.