Tutup

Mentaliti perlu ubah tangani bencana banjir ? NADMA

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta rakyat mengubah mentaliti jika ingin mengelak bencana terutama banjir kilat berulang di kawasan mereka. Selain taburan hujan luar biasa, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana Nadma, Mohamed Zahari Razali mengingatkan, aktiviti pembuangan sampah secara tidak terkawal turut menyumbang kepada banjir.