Tutup

Menteri Besar Johor sedia ubah exco seperti dititah Sultan

Menteri Besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal akan melakukan penstrukturan semula barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri seperti dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam. Dalam sidang media pertamanya, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong itu berkata, beliau mempunyai tempoh sehingga 14 hari untuk berbuat demikian. Tetapi, beliau berjanji akan melakukannya secepat mungkin.