Tutup

"Menteri Besar Johor telah letak jawatan" - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor. Jelasnya, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada beliau dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam. ?Menteri Besar Johor telah letak jawatan semalam dengan menghantar surat kepada saya dan akan menghantar surat kepada Sultan Johor. Tentang siapa penggantinya, kita belum tentukan, tapi kalau ikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Menteri Besar Johor hendaklah dari Bersatu,? katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.