Menteri ke luar negara tidak boleh bawa isteri

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan menteri membawa pasangan bersama dalam mana-mana lawatan ke luar negara yang memakan masa kurang dari tujuh hari. Ini sebagai langkah menjimatkan kos kerana lawatan wakil kerajaan ke luar negara melibatkan wang rakyat.