Menteri Pengangkutan kesal insiden pemandu teksi biadap

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kesal dengan tindakan beberapa pemandu teksi yang membuat kecoh dalam dialog bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, pagi tadi. Menurut Loke, kerajaan tidak boleh melayan permintaan pemandu teksi untuk mengharamkan E-hailing kerana kerajaan telah pun menetapkan dasar untuk membenarkan perkhidmatan itu.