Merkuri berlebihan untuk lebih cepat putih

Dalam keghairahan mencerahkan kulit dalam tempoh singkat, ramai juga tidak tahu bahawa merkuri atau air raksa turut dicampurkan dalam produk kosmetik bagi memberikan kesan yang lebih pantas. Perkara ini didedahkan Ketua Cawangan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Mokhtar Abdullah sambil menyifatkan sabun dan krim rawatan wajah paling banyak mengandungi air raksa sehingga melebihi had yang dibenarkan.